Khamis, 19 Julai 2012

KARANGAN MENGENAI PERIHAL DIRI,PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA


Saya Aina binti Azman,berumur 15 tahun. Saya lahir pada 23 Mac 2000 di Hospital Besar Alor Setar,Kedah. Saya merupakan anak bongsu dari dua orang adik beradik. Saya memasuki darjah satu di Sekolah Rendah kebangsaan Batu 10 ,Sibu,Sarawak. Kemudian saya berpindah ke Pulau Pinang dan menyambung pelajaran saya di Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak,Pulau Pinang. Tidak lama kemudian, saya sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur  dan saya meyambung pengajian saya di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur dari darjah dua sehingga darjah tiga . Apabila saya memasuki darjah empat ,keluarga saya berpindah ke Sungai Petani,Kedah dan saya menyambung pengajian saya di Sekolah Kebangsaan sungai Lalang ,Kedah sehingga darjah enam.
     Kemudian,saya melanjutkan pengajian saya ke peringkat menengah di Maktab Mahmud ,Langkawi,Kedah sehingga tingkatan dua. Ketika tingkatan tiga saya bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria, sungai Petani,Kedah dan mengambil PMR disitu. Kemudian saya menyambung pengajian saya di Sekolah Menengah Teknik Seberang Prai,Pulau Pinang. Di sekolah dahulu pretasi sekolah saya biasa sahaja. Alhamdulillah keputusan yang saya miliki semasa Sijil Pelajaran Malaysia agak memuaskan.
Selepas tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pelajaran saya di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang  dalam bidang Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik selama 3 tahun dan saya mendapat keputusan yang agak baik. Sekarang saya ingin melanjutkan pelajaran saya di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute(UNIKL MFI) dalam bidang Ijazah Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Saya ingin menjadi seorang jurutera yang dapat berfikir di luar kotak agar dapat berbakti kepada masyarakat. Saya juga berharap, sepanjang pengajian saya di UNIKL saya dapat mengasah bakat dan pengetahuan saya dalam bidang kejuruteraan supaya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang jurutera dan juga sebagai seorang anak yang baik.
 Jika saya dapat menamatkan pengajian saya di UNIKL dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang saya belajar di UNIKL. Saya ingin mencari pengalaman bekerja  di samping dapat menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang ini. saya berharap saya dapat menjadi seorang senior engineer yang amanah ,jujur dan bijak dalam menyelesaikan masaalah satu hari nanti.
  Sekian sahaja serba sedikit perihal diri saya dan juga perancangan kerjaya yang ingin saya lakukan .

Selasa, 3 Julai 2012

tamat akhirnyaaaaaa~~~

salam..
untuk mengetahuan semua
aku n membe da slamat menghabiskan pengajian kami
huhuhuhu
tahniah tahniah tahnia
bila dikenangkan blik
macam2 berlaku spanjang 3 tahun kami bersama
x sampai seminggi ppuwn
tp aku rasa rindu plak nk kembali kat jmti
walupuwn kdang2 rasa pening kepala ngan tes2,quiz, n bla2 benda yang na diuruskan
huhuhuh
haizzzz rindu plak kat dowank2 nie
masing2 da bawa haluan sendiri..
aku lak camne?????
x dak mood nk wat pew2 skarang
rehat la dulu...