Isnin, 27 Julai 2015

fairy tales

kebanyakkan kita dibesarkan dengan cerita-cerita fairy tales..movie,story books sampaikan colouring book pon berkonsepkan fairy tales.. samalah macam aku... snow white, cinderella, peterpan,mulan dan lain2 lagi...kalau nak tulis penuh page pon belum ttntu abis...tp tahu tak korang yang sebenarnya cerita2 fairy tales yang kita tahu tue dah adalah versi yang telah diubahsuai oleh disney. sb versi yang lama mmg sgt2 tak sesuai diceritakan kpda bdak2. selalunya pengakhiran cerita mesti " they are happily ever after" tp klau menurut versi yang asal, cerita2 nie berakhir dgn tragis sekali...



PETER PAN

klau dalam versi yang selalu kita tengok, peter-pan dan the lost boys yang tinggal di neverland tak membesar selama2nya. maksudnya dorang nie akan jadi kanak-kanak selama-lamanya... tp dlm versi asal, yang x membesar cumalah peter-pan sahaja, bdak2 lain (the lost boy)  semuanya membesar secara normal tp dorang nie dibunuh oleh peterpan sebelum sempat dorang jd orang dewasa.


SLEEPING BEAUTY

Cerita sleeping beauty yang selalu kita dengar ialah puteri yang disumpah akan tidur selama2nya sehingga dia jumpa true love prince. Si puteri akan bangun apabila putera tersebut kiss dia. Dalam original version, putera raja jumpa si puteri and cuba utk bangunkan si puteri tetapi x berjaya. Disebabkan si putera sangat sangat suka dengan puteri tersebut, dia pon mencabuli puteri tersebut sehingga mengandung. Si puteri tersebut terjaga apabila salah seorang anaknya (puteri tue lahirkan ank kembar ) hisap jarinya sebab lapar. So bila terjaga puteri itu sedar yang dia dah dicabuli sehingga melahirkan ank. Malangnya, putera yang mencabul dia tue dah khawin. Jd bila isterinya tahu yang putera tue curang, dia jemput puteri dan anaknya kerumah. Si isteri buat macam tue bkn tuk berbaik, tetapi dia berniat utk bunuh and makan si puteri n anaknya. Tetapi tidak berjaya sb si putera tersebut terlebih dahulu bunuh isterinya utk bersama dgn si puteri.


THE LITTLE MERMAID

cerita mermaid nie mengisahkan puteri ariel yang jatuh cinta dengan seorang putera raja. so demi nk bersama dengan putera tue, ariel sanggup untuk jual suara dia untuk ditukarkan dengan sepasang kaki. klau dalam versi yang selalu kita tengok tue, putera tue akhirnya jatuh cinta dengan ariel bila dia dapat tahu yang ariel telah selamatkannya dan mereka berkahwin dan bahagia selama-lamanya. tp dalam original version, putera tue tak cintakan ariel, malah dia nk kawen dengan perempuan lain. Ariel sgt2 sedih sb kalau dia x berjaya membuat putera tue jatuh cinta dengan dia, dia akan mati dan akan jadi buih. so, untuk selamatkan ariel dr jadi buih, kakak2 ariel telah juai rambut dorang untuk mendapatkan pisau supaya ariel boleh bunuh putera tersebut dan mendapatkan kembali ekor dia. Tp disebabkan ariel sgt2 cintakan putera tersebut, dia x sanggup..akhirnya ariel mati dan bertukar menjadi buih.

CINDERELLA

The original version dengan version yang selalu kita tgok lebih kurang sama, yang berlainan adalah pengakhiran cerita sahaja. Untuk original version, apabila kakak2 tiri cinderella cuba kasut kaca tersebut tetapi tak muat, ibu tiri cinderella suruh kakak2 tiri cinderella potong jari n tumit mereka sehingga muat pakai kasut tersebut. Putera raja hampir tertipu sehinggalah dia perasan ada darah yang mengalir dari kasut kaca tersebut. Kakak2 tiri cinderella akhirnya menjadi buta apabila mata mereka dipatuk oleh burung merpati ( kawan cinderella kot) dan menjadi pengemis..

MULAN

Hua mulan adalah seorang gadis biasa yang sanggup menyamar menjadi lelaki dan pergi berperang demi mengantikan ayahnya yang sedang sakit. Menurut cerita yang kita selalu tengok, Mulan nie digambarkan sebagai perempuan yang lemah dan tak pandai berlawan. Tetapi, versi asalnya menceritakan yang Hua Mulan nie sejak dari kecil telah diajar seni mempertahankan diri ataupun kung-fu. Mulan jugak telah diajar tentang seni strategi peperangaan oleh master dia. Mulan telah pergi berperang selama 12 tahun dan tiada siapa pun yang tahu dia adalah seorang perempuan. Yang lebih membanggakan, Mulan telah dilantik sebagai general perang dan memenangi hampir kesemua perang yang beliau sertai sehinggakan raja kerajaan china pada masa tue memberi anugerah kepada beliau.

RED RIDING HOOD

kalau dalam red riding hood yang selalu kita dengar, budak tue selamatkan??? Tp dalam original version budak tue tak selamat pun.. Last sekali mati sebab kna makan serigala..Tragis!!!

THE PIPE PIPER

the pipe piper nie adalah pasai sebuah kampung yang diserang oleh tikus. Tikus-tikus nie amat2 la banyak sampai bekalan makanan dorang abis rosak dimakan oleh tikus. Dah macam2 cara dah org2 kampung nie buat tuk halau tikus2 nie, tapi tak berjaya.. So, suatu hari nie datang la seorang peniup seruling kat kampung dorang. Peniup seruling nie tawarkan diri dia tuk halau tikus2 nie dr kampung tp dgn syarat org kampung haruslah bayar upah dia kalau dia berjaya. So, org kampung setuju akan bayar upah dia kalau dia berjaya halau tikus2 tersebut.Nk dijadikan cerita, peniup seruling nie berjaya menghalau tikus2 tersebut, tetapi org kampung telah mungkir janji.. org2 kmpung tersebut xnk bayar peniup seruling walaupun dia berjaya halau tikus2 tersebut. Dalam versi yang selalu kita dengar, peniup seruling culik kanak2 yang tinggal dikampung tersebut n sorokkan kat dalam gua sehingga org kampung bayar upahnya. Tapi dlam original version, peniup seruling umpan kanak2 kampung smpai ke sungai dan lemaskan kesemua kanak2 tersebut. Semua kanak2 tersebut mati kecuali seorang budak kurang upaya.